SEORANG anggota polis berpangkat koperal maut selepas merempuh sebuah lori rosak di Batu 10, Hulu Langat berhampiran Taman Langat Ceria, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kemalangan pada pukul 6.30 pagi.
Beliau berkata, mangsa berusia 32 tahun itu dipercayai menunggang motosikal dari kediaman di Dusun Tua dan menuju ke tempat kerja yang terletak di Balai Trafik Petaling Jaya.
Katanya, mangsa telah melanggar belakang lori rosak yang berhenti di bahu kiri jalan tanpa mempamerkan tanda isyarat.
“Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Koperal cedera dalam kemalangan di Antara Gapi
Mohd Zaid berkata, pemandu lori berusia 57 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Kajang bagi hasil ujian saringan awal alkohol dan dadah adalah negatif.
Katanya, polis kini masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian sekiranya terdapat kecuaian daripada pemandu lori atau unsur lain.
“Polis kini membuka kertas siasatan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.
Sehubungan itu, individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi balai polis atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes Inspektor M. Somasureshan di talian 016-4915193.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

