Sedapnya ketam bercili ni. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini boleh cuba resipi ketam bercili yang mudah dan lazat ini.
BAHAN-BAHAN:
3 sudu besar serbuk cili
1 labu bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | ketuk
2 sudu kecil kicap soya
4 helai daun limau purut
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak masak
CARA MENYEDIAKAN:
1.Ketam dibersihkan dan dituskan airnya. Ketepikan.
2.Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan hirisan bawang besar dan serbuk cili, tumis sehingga garing.
3.Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap soya dan daun limau purut. Masak sehingga mendidih.
4.Selepas itu, barulah masukkan ketam dan garam secukup rasa. Gaul rata dan sebatikan rasa. Angkat dan hidangkan.
*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, TikTok, Instagram & Telegram

