Shahril Sufian Hamdan.

TUN Dr Mahathir Mohamad dicabar untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sekirannya mahu menguburkan UMNO.

Cabaran itu dilontarkan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang melihat kebencian Dr Mahathir terhadap UMNO semakin menebal.

Menurul Shahril, kenyataan panjang Tun Mahathir mencemuh UMNO semalam adalah mengecewakan tetapi tidak juga mengejutkan.

‘Pendedahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Dr Mahathir pernah memohon UMNO dibubarkan, menyerlahkan tahap kebencian beliau.

“Tahap kebencian ini bukan lagi terhadap mana-mana individu dalam UMNO, malah terhadap UMNO itu sendiri. Yakni terhadap akar umbi dan berjuta ahli yang tiada dosa terhadap Tun,” katanya.

Baca lagi: Cash is king, UMNO bukan seperti dulu, serangan terbaru Dr Mahathir seakan ulangi skrip PRU-14

Mengulas lanjut, Shahril berkata, beliau mengakui sumbangan dan jasa Dr Mahathir yang telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini.

Begitupun, tegas Shahril, perkara itu tidak boleh dijadikan ‘lesen’ buat Dr Mahathir untuk mencuba membubarkan dan mencemuh parti UMNO tanpa dibalas.

“Harapan saya, selepas ini simpanlah sedikit kekasaran itu supaya tidak ditujukan sepenuhnya kepada institusi yang mana Tun pernah menjadi pemimpin dan ahli walaupun berulang kali keluar masuk.

“Mungkin disebalik kejayaan hidup Tun, ada juga saham dari institusi ini yang menyumbang.

Jika Tun merasakan UMNO tetap “jahat” dan perlu ditewaskan, Tun bersainglah dalam gelanggang PRU nanti. Berilah pilihan kepada rakyat. Itu hak Tun.

“Sepertimana hak kami untuk menawarkan diri sebagai parti yang menjanjikan kesetiaan dan kestabilan. Tak perlulah sampai mengata seolah-olah semua kami yang jadi ahli UMNO ini hodoh, bodoh atau kotor,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram