KRPPM fokus perubahan sistemik dan legislatif

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PENUBUHAN Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Integriti, Governan dan Anti Rasuah akan memfokuskan perubahan sistemik dan legislatif dalam negara.

KRPPM dalam kenyataan berkata, strategi itu bagi mempertingkatkan integriti, tadbir urus dan pencegahan rasuah di Malaysia dari semasa ke semasa.

Jelas kenyataan tersebut, ia akan dilakukan melalui gabungan kolektif ahli-ahli parlimen, senator, masyarakat sivil dan pakar-pakar dalam bidang berkaitan.

“Pada 23 Ogos 2022 Dewan Rakyat telah meluluskan penubuhan KRPPM Integriti, Governan & Anti Rasuah.

“Keanggotaan KRPPM yang terdiri daripada lapan anggota Ahli Parlimen dalam kalangan kerajaan dan pembangkang ini dipengerusikan oleh Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

“Anggota KRPPM yang lain ialah Datuk Seri Azizah Muhd Dun, Datuk Ignatius Darell Leiking, Lukanisman Awang Sauni, Hannah Yeoh, Fuziah Salleh, Datuk Amiruddin Hamzah dan Datuk Hasanuddin Mohd Yunus,” katanya.

Baca lagi: Tiada kerjasama babit perkara dosa, rasuah dan salah laku – Abdul Hadi

Mengulas lanjut, KRPPM berkata, mereka mensasarkan kebebasan institusi Kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan memisahkan peranan Peguam Negara daripada peranan Pendakwa Raya.

Jelas KRPPM, Penambahbaikan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 juga adalah antara tumpuan mereka.

Selain daripada itu, KRPPM mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Tetap Dewan Rakyat bagi SPRM dan SPR.

KRPPM turut dianggotai kumpulan masyarakat sivil #RasuahBusters (Sekretariat), Transparency International Malaysia, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), PATRIOT, UNDI 18, dan kumpulan pakar Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak, Datuk Hussamuddin Yaacub, Shah Hakim Zain, Anas Zubedy, Maha Balakrishnan, Christopher Leong, Dr Terence Gomez.

KRPPM menyatakan komitmen menyeluruh setiap anggota demi memastikan ketelusan, akauntabiliti dan menyekat penyalahgunaan kuasa melalui penggubalan dan pemerkasaan dasar serta penambahbaikan polisi bersama program kesedaran dan advokasi kemasyarakatan yang berterusan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This