Pegawai polis, isteri didakwa eksploitasi amah sehingga parah

Dari Penulis

SEPASANG suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdagangkan seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi tujuan eksploitasi kerja paksa sehingga menyebabkan kecederaan parah antara Mac dan Ogos tahun ini.

S. Vijiyan Rao, 38, yang merupakan seorang pegawai polis dan isteri K. Rineshini Naidu, 35, seorang peniaga, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rozianayati Ahmad.

Mereka didakwa dengan niat bersama melakukan perbuatan itu terhadap Zailis, 46, di sebuah rumah di Taman Industri Bolton, Gombak antara Mac dan 30 Ogos lepas.

Suami isteri itu dituduh mengikut Seksyen 13 (a) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau pemenjaraan tidak kurang dari lima tahun, dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurul’ Ain Abu Bakar memohon mahkamah mengenakan jaminan RM20,000 dan seorang penjamin terhadap kedua-dua tertuduh dengan syarat tambahan mereka perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Baca lagi: Pegawai polis maut dalam perjalanan ke balai

Bagaimanapun pasangan itu yang diwakili peguam A. Narainasami memohon jaminan yang rendah dengan alasan mereka menanggung dua anak yang masih kecil.

Rozianayati kemudian membenarkan mereka diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 5 Okt ini untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This