Polis nafi Jalan Simpang Rasa-Ampang Pecah ditutup

Dari Penulis

POLIS menafikan kenyataan mesej tular berkaitan penutupan jalan bersempena ketibaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Darul Quran JAKIM, esok.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kenyataan terbabit adalah tidak tepat dan pihaknya tidak mengeluarkan sebarang makluman seperti didakwa.

Beliau berkata mesej tular terbabit berbunyi “Untuk makluman semua pada 09 Sep 2022 (Jumaat) mulai 8.30 pg- Jalan Utama dari Simpang Rasa-Ampang Pecah akan ditutup kepada semua jenis kenderaan sehingga ketibaan DYMM SPB YDP Agong ke Darul Quran JAKIM”.

Baca artikel berkaitan : Polis sahkan rakaman anggota periksa lelaki Myanmar video lama

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan palsu dan perlu merujuk kepada pihak polis bagi maklumat yang tepat.

“Tindakan undang-undang di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Media 1998 akan dikenakan kepada mereka yang menyebarkan berita palsu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This