“Cepat-cepat itu nak kejar apa?,” – Anak 6 tahun diminta guru hantar ke kelas tuisyen. Ibu bapa, tenang. Jangan bunuh jiwa kanak-kanak

Dari Penulis

Jangan bunuh jiwa kanak-kanak semata-mata demi kepuasan dan nafsu besar dari kita, manusia dewasa ini. Tiada apa yang perlu dikejar pada usia enam tahun. Tugas seorang kanak-kanak hanyalah bermain dan belajar, namun bukannya pada tahap di luar kemampuan.

Ikuti perkongsian Hazhari Ismail akan pandangannya berkait silibus sekolah rendah kanak-kanak yang dilihat tidak selari dengan perkembangan antara anak bandar dan luar bandar.

“Heboh bila ada seorang guru memberi ‘nasihat’ kepada ibu bapa supaya pastikan anak mereka sudah pandai membaca sebelum melangkah ke Tahun 1. Walau apa cara sekalipun, seperti yang dicadangkan oleh si guru itu iaitu dihantar tuisyen dan sebagainya – asalkan anak pandai membaca.

Gila (saya cakap idea ni gila, bukan guru yang gila. -.-)

Ibu bapa mana yang tidak panik kalau itu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang guru. Ditambah pula sekarang adalah penggal kedua sebelum persekolahan sampai ke penghujungnya. Lagilah ibu bapa bertambah resah!

Guru antara benteng-benteng terakhir untuk meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada anak muridnya walau macam mana pun kurikulum itu berubah. Tapi, kalau benteng terakhir ini pun rapuh, ditambah dengan tekanan ibu bapa yang turut sama bersungguh, dekat mana lagi anak-anak nak mengadu yang mereka sedang tertekan?

Tempoh sekolah rendah itu panjang. Nak cepat-cepat itu nak kejar apa?

Nak kejar kelas nombor satu?

Nak bercerita dekat sahabat handai anak dah pandai membaca sebelum masuk sekolah?

Nak buat perbandingan dengan anak-anak sedara tentang anak siapa paling bijak?

Allahu, untuk apa semua ini?

Berapa kali dah ulang, TIADA signifikan kebaikan pun jika anak itu boleh membaca seawal 5 tahun. Apatah lagi yang muda dari umur itu. Kanak-kanak yang start membaca pada umur 5 atau 6 tahun, SAMA sahaja perkembangan dia dengan kanak-kanak yang start membaca pada umur 9 atau 10 tahun.

Ya, SAMA. Tolonglah jangan risau.

Maksudnya, pada umur 5 atau 6 tahun, mereka mengambil masa yang lama untuk expert dalam membaca berbanding umur 9 tahun yang mengambil masa yang singkat untuk mahir membaca.

Sebab itu saya cakap tempoh sekolah rendah itu panjang. Anak-anak boleh catch up. Tapi, sokonglah mereka. Jangan tambahkan beban mereka.

Di negara orang lain (yang mungkin menjadi rujukan pembuat polisi negara kita), assessmet itu adalah proses pembelajaran. Tetapi tidak di negara kita, iaitu belajar untuk assessment!!

Biarlah KSSR (kurikulum rendah) buat semakan pun. Kita yang melatah, anak yang jadi mangsa.

Macam mana mereka boleh buat semakan pun kita tidak tahu. Berapa kerat je kanak-kanak boleh follow kurikulum yang baru, sedangkan beribu-ribu lagi menjadi mangsa jurang bandar dan luar bandar yang makin menjauh!

Benar, membaca itu perkara yang menyeronokkan tetapi perlukan persediaan (readiness), kalau tidak kanak-kanak boleh frustrated. Benda-benda macam ini yang boleh naikkan statistik mental health problem di awal usia! Cukup-cukuplah KBAT dipeperiksaan-kan.

Biar jelah semua kanak-kanak masuk program

Linus itu. Biar orang atas sedar status masyarakat hari ini di tahap yang mana.

Mungkin guru-guru tertekan berada di tengah-tengah antara orang atasan dan ibu bapa. Sampai sanggup memberi ‘arahan’ sebegitu kepada ibu bapa.

Dan yang paling penting ibu bapa. Anda sendiri tahu dan nilai anak anda di level yang mana.

Sudah banyak kita baca, kanak-kanak perlu masa bermain di awal usia.

Sudah banyak diperingatkan, masalah mental health telah menjadi ancaman biasa.

Tolonglah percaya dengan anak-anak.

Tolonglah.

Kadang-kadang kita terlupa, yang membunuh jiwa kanak-kanak itu bukan mereka..tapi kita sendiri.”

Sumber : Hazhari Ismail


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Farm Fresh sumbang lebih 55,000 susu percuma kepada murid prasekolah sempena Hari Susu Sedunia 2026

Farm Fresh meneruskan sambutan Hari Susu Sedunia mereka dengan menyumbangkan sebanyak 55,296 kotak susu UHT Farm Fresh Grow (Susu...

More Articles Like This