Isu jumlah wakil Sabah, Sarawak di Parlimen akan diberi perhatian kerajaan – PM

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob memberi komitmen kerajaan untuk memberi perhatian terhadap isu-isu berbangkit di Sabah dan Sarawak, termasuk berkaitan jumlah wakil dua negeri itu di Parlimen.

Perdana Menteri berkata ia antara isu dibangkitkan pada Mesyuarat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang dipengerusikannya semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. GAMBAR: Abd Razak Aid

Menurut catatan di Facebooknya hari ini, mesyuarat itu turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, menteri-menteri kabinet serta pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang turut hadir pada mesyuarat berkenaan dilapor berkata mesyuarat itu mengendors langkah mendapatkan semula 35 peratus daripada 222 kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.

Baca: Lulus pindaan Perlembagaan berkaitan MA63 bukti semangat kesatuan

Langkah itu bakal membolehkan Sabah dan Sarawak memiliki 78 daripada 222 kerusi.

Ismail Sabri berkata perkara lain yang dibangkitkan pada mesyuarat itu termasuk isu berkaitan ekonomi dan kesihatan di kedua-dua negeri Borneo berkenaan.

Perdana Menteri turut memberi komitmen kerajaan terhadap pembangunan Negeri di Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang itu menerusi Bajet 2023 yang akan dibentang 7 Okt ini.

“Insya-Allah, segala isu yang berbangkit di negeri-negeri Borneo ini akan diambil perhatian selaras semangat Keluarga Malaysia,” katanya.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This