Raja baharu Britain dikenali Raja Charles III

Dari Penulis

PUTERA sulung Ratu Elizabeth II, Putera Charles dinobatkan raja baharu Britain pada Khamis susulan kemangkatan bonda baginda, lapor Agensi Anadolu.

Charles Philip Arthur George dilahirkan pada 1948 dan merupakan Putera Wales paling lama berkhidmat, yang juga pewaris takhta British.

Meskipun raja baharu berhak memilih nama diraja yang berbeza daripada nama asalnya, baginda mahu dikenali sebagai Raja Charles III.

Baca: Ratu Elizabeth II mangkat di Scotland pada usia 96 tahun

Putera sulung Raja Charles III, Putera William bakal digelar Duke of Cornwall, gelaran untuk pewaris pertama takhta. 

Di Britain, pewaris takhta turut diberi gelaran Putera Wales oleh raja yang memerintah.

Putera William boleh dikenali sebagai Putera Wales andai ayahandanya menganugerahkan gelaran itu.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This