38 lagu, 30 tahun Dewa 19 gamatkan Bukit Jalil. 4 vokalis dalam satu pentas

Dari Penulis

Tiada kata dapat diungkapkan selepas tamat konsert Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19. Penuh bertenaga, puas, dinamik dan sempurna. Suara ‘telan kaset’ vokalis hebat Dewa 19 menggamit kembali sorotan lagu-lagu popular band lagenda ini.

Dua vokalis generasi baru Dewa 19, Virzha dan Ello membuka tirai dengan lagu Restoe Boemi, I Want To Break Free dan Still I Am Sure We’ll Love Again.

Keterujaan terus memuncak dengan kemunculan Ahmad Dhani dengan Cinta Gila. Pengasas Dewa 19 ini terdahulu tidak menyertai konsert Reunion Dewa 19 di Malaysia pada 2019 selepas dijatuhi hukuman penjara 18 bulan di negaranya.

Jeritan baladewa dan baladewi (panggilan bagi peminat) terus menggamatkan stadium tatkala suara Once dan Ari Lasso berkumandang mengalunkan suara emas. Seleksi lagu seperti Roman Picisan, Arjuna, Dewi, Sedang Ingin Bercinta, Risalah Hati, Pupus, Kangen dan Separuh Nafas menjadikan malam konsert diadun sempurna dengan pelbagai emosi dalam jiwa.

Malam penuh kenangan manis yang sentiasa akan tersemat di hati baladewa dan baladewi Dewa 19.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Duit lesap, pengarah ‘ghaib’, Wafariena tak halalkan upah puluhan ribu

PELAKON Wafariena Roslan mendedahkan dirinya masih belum menerima baki bayaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi drama walaupun sudah hampir...

More Articles Like This