Tengku Zafrul lancar buku hargai jasa petugas hadapan ekonomi

Dari Penulis

MENTERI Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melahirkan penghargaan kepada petugas hadapan ekonomi menerusi pelancaran buku sulungnya yang bertajuk: “Weathering the Economic Storm: A Journey Through The Unchartered Waters of COVID-19”.

Buku yang dilancarkan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia itu ditujukan khusus buat semua petugas hadapan ekonomi yang bertungkus lumus berjuang menangani cabaran COVID-19 bagi memastikan negara dapat pulih kembali seperti biasa, katanya.

Beliau juga berkata buku tersebut merupakan kompilasi daripada nota yang disimpannya semasa usaha memerangi pandemik, cerapan disebalik dasar ekonomi resposif yang dibuat Kementerian Kewangan (MOF).

“Kita merekodkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar bagi tiga suku berturut-turut dan saya optimis, yang sekiranya kita terus berganding bahu berjuang bersama-sama, masa depan yang cerah menanti kita.

“Semoga buku ini akan dapat mengingatkan kita kepada ciri tersendiri negara kita, ketabahan kita dan keberanian kita. Semoga Malaysia terus berjaya mengharungi apa juga badai yang datang melanda,” katanya pada majlis pelancaran buku tersebut baru-baru ini.

Baca artikel berkaitan: Kerajaan akan bantu industri penerbangan tangani cabaran – Tengku Zafrul

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis pelancaran buku berkenaan.

Dari segi ekonomi secara keseluruhan, Tengku Zafrul berkata di peringkat kementerian, beliau dan pasukannya perlu berfikir di luar kotak dan bertindak pantas kepada keperluan rakyat, dan dalam masa yang sama melaksanakan keperluan fiskal secara bertanggungjawab.

“Buku ini bukan hanya sekadar catatan semasa saya bersama Kementerian Kewangan, tetapi apa yang lebih penting, ia adalah penghargaan kepada petugas hadapan ekonomi kita, yang sehingga sekarang, menjadi wira yang tidak didendang dalam pemulihan ekonomi Malaysia.

“Oleh itu, menjadi harapan saya buku yang saya tulis ini akan menjadi catatan tepat tentang apa yang petugas ekonomi – di MOF, kementerian dan agensi kerajaan lain – lakukan untuk menghalang ekonomi daripada jatuh merudum semasa pandemik,” katanya.

Beliau juga berkata buku tersebut turut menyingkap bagaimana Malaysia dapat mengharungi cabaran ekonomi baharu dan lama dengan menjadi reformis, daripada terus kekal kompetitif bagi pelaburan hinggalah kepada menangani cabaran iklim.

Tengku Zafrul turut merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi peluang kepada beliau untuk berkhidmat kepada negara.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tak seperti biasa, Piala Dunia 2026 kelihatan suram

HANYA tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Piala Dunia 2026 dimulakan dengan perlawanan pertama melibatkan satu daripada pasukan tuan...

More Articles Like This