Datuk Onn Hafiz Ghazi. GAMBAR: BERNAMA

JOHOR menyasarkan sektor pelancongannya mencapai kedudukan nombor satu dalam negara tahun ini.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, hasrat tersebut bagi menyamai pencapaian pelaburan negeri yang mencatatkan nilai pelaburan tertinggi dalam negara dengan RM60.9 bilion serta kejayaan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA, Sabtu lepas.

Beliau berkata, hasrat menjadikan sektor pelancongan berada di kedudukan nombor satu juga selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk memperkasa pembangunan ekonomi Johor.

“Ini kerana negeri Johor dikurniakan dengan pelbagai pemandangan yang cukup indah, taman negara sahaja ada enam, pulau-pulau di Mersing ada 130, dari segi warisan pun sangat membanggakan… itu belum lagi cakap pasal makanan tradisi kita.

“Oleh itu, sama-samalah kita menjadi duta negeri untuk mengharumkan nama negeri,” katanya ketika berucap merasmikan Majestic Johor Festival malam tadi.

Baca lagi: Kerjasama pembangunan pusat penjagaan kesihatan di tanah wakaf Selangor dan Johor

Majestic Johor Festival yang merupakan kerjasama pelbagai agensi itu bermula Khamis lepas (8 Sept) hingga Ahad ini (18 Sept) dengan menyediakan pelbagai tarikan dan keunikan pelancongan serta warisan 10 daerah di negeri ini.

Pameran Kembara Mahkota Johor yang menampilkan pelbagai kenderaan Sultan Johor adalah antara tarikan utama festival julung kali itu.

Festival berkenaan merupakan satu daripada inisiatif ke arah memperhebat sektor pelancongan sekali gus dilihat mampu meningkatkan jumlah kehadiran pelancong ke negeri ini selepas terkesan akibat COVID-19.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram