SEORANG lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna di Kilometer 19.8 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), 5.20 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan membabitkan sebuah motosikal Honda RS150R dan Perodua Alza pada pukul 5.31 pagi.
Beliau berkata, mangsa berusia 37 tahun dipercayai telah mengubah haluan lorong dan menyebabkan pemandu kereta gagal mengelak lalu melanggar mangsa dari arah belakang.
“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Penunggang maut dirempuh Hilux
Katanya, kes kini disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R.Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram