Tangkap layar rakaman memaparkan aksi sekumpulan individu bergaduh di sebuah premis hiburan di Miri.

SERAMAI 12 individu ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Miri, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Miri yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan telah ternampak kekecohan yang berlaku di sebuah pusat hiburan.

“Anggota polis terbabit kemudian bertindak pantas meleraikan pergaduhan itu.

“Berikutan itu, seramai 12 lelaki warga tempatan berusia antara 19 dan 33 tahun telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan tersebut,” katanya memetik laporan Utusan Borneo.

Mengulas lanjut, polis turut merampas beberapa kerusi yang digunakan sebagai senjata serangan dalam insiden tersebut.

Baca artikel berkaitan : Langgar, gaduh, suami isteri ditahan polis

“Kesemua suspek yang ditangkap disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memiliki senjata dalam rusuhan,” katanya.

Sehubungan itu, Alexson menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut kerana boleh mengganggu siasatan polis.

Katanya, individu yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan pergaduhan diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram