Tangkap layar memaparkan mangsa diculik sekumpulan lelaki di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat. (Gambar kecil) Mangsa, Rosnazirah Mohd Naim.

POLIS mengesahkan telah menerima satu laporan mengenai seorang ejen kosmetik didakwa diculik dalam satu kejadian di Tumpat, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, kes tersebut masih dalam siasatan.

@utusantvofficial

#KELANTAN Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, kes tersebut masih dalam siasatan. Kejadian dilapor berlaku pukul 4.10 petang semalam. #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ Mysterious – Andreas Scherren

“Pihak polis meminta kerjasama orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu tular klip video mendakwa seorang wanita didakwa diculik sekumpulan individu tidak dikenali dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat.

Mangsa, Rosnazirah Mohd Naim 36, dibawa lari dengan menaiki kereta Jenis Toyota Vios berwarna perak dalam kejadian 4.10 petang itu.

Baca artikel berkaitan : Tukang gunting culik bekas kekasih, anak diberkas

Sejak tengah hari tadi, tular klip video rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan kejadian mangsa dibawa lari oleh sekumpulan lelaki.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram