Perkataan ‘cerai’ inilah yang kerap bermain di bibir isteri tatkala pergaduhan berlaku dengan suami. Pantang ada perselisihan, ayat inilah yang dilontarkan, minta dilepaskan walau dalam hati tidak pernah sesekali terlintas maksudkannya.

Ada kalanya hati isteri terlalu angkuh dan keras, merasakan mereka mampu hidup tanpa susuk si suami. Mampu menjaga anak-anak seorang diri. Namun di manakah kekuatan tatkala apa yang diratib selama ini menjadi kenyataan? Suami bukan rela melangkah keluar dari rumah, namun pemergiannya untuk bertemu Sang Pencipta.

Sesak. Sebak. Hilang kata-kata. Ini coretan perkongsian Nurul Mohd tatkala kehilangan suami akibat jangkitan Covid-19 tahun lalu.

“Cerai

2 hari yang lalu, saya ada terbaca mengenai satu confession. Kata si penulis, isterinya selalu meminta cerai setiap kali bergaduh.

Isterinya seorang yang tegas. Akan memaki suaminya setiap kali ada krisis. And few other things..

Dan penulis, katanya seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.

Membaca kisah tersebut seperti melihat diri saya sendiri sewaktu masih bergelar isteri.

Sisi tegas isteri penulis mengingatkan saya kepada diri sendiri.

Bukan.

Bukan bab memaki. Sebab saya tak buat itu.

Gila apa nak maki suami sendiri.

Bab meminta cerai.

Tapi bukan lah setiap kali bergaduh.

Cuma bila ada krisis besar.

Waktu itu, memang lancang mulut saya minta dilepaskan.

Kerana latarbelakang saya, saya tahu saya mampu berdikari tanpa susuk seorang suami.

Saya tahu..saya boleh jaga anak2 seorang diri.

Tapi saya lupa…

Hidup berumahtangga ini perlukan toleransi

Hidup berumahtangga ini perlukan kesabaran

Hidup berumahtangga ini perlukan usaha untuk mempertahankannya

Pertahankan cinta.

Bukankah cinta itu paksi sebuah rumahtangga?

Dan…

Saya tidak tahu yang sebenarnya …

lelaki baik itu sukar untuk didapati.

Lelaki yang menerima saya seadanya.

Lelaki yang tidak pernah rasa dirinya seorang raja dalam perkahwinan

Lelaki yang menyantuni isteri dan anak2nya dengan baik

Saya hanya mengetahui fakta terakhir ini setelah kehilangannya untuk selama-lamanya.

Mujur, suami seorang yang tenang.

Calm and composed.

Tidak tercuit dengan kelancangan saya.

“Dont ask me to leave. I wont go. I love you. I love the kids”

Itu lah kata-kata suami.

Every single time.

Sadly and eventually he left me.

And never return.

And no, i didnt ask him to go this time.

I did not.

As matter of fact, i begged him to fight and stay.

Please fight, i begged him

Please, sayang..

The kids need you, i said.

Like how he always remind me

But he’s gone.

And it hurts.

A lot.

🙁

358 days without you, sayang.

I have felt no greater pain than the moment when your heart stopped beating and mine carried on.”

Sumber : Nurul Mohd