SEMPENA Sambutan Hari Malaysia, pelbagai aktiviti menarik disediakan dalam Campbell Merdeka Fest yang akan dianjurkan di Kompleks Campbell esok.
Bermula jam 10 pagi, orang ramai boleh hadir untuk menyertai pencarian model Superstar Campbell Retro yang bermula pada jam 3 petang.
Bagi kategori dewasa (13 tahun dan ke atas), peserta hanya perlu membayar yuran RM100 manakala bagi kategori kanak-kanak(4-12 tahun), peserta hanya perlu membayar RM80.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Tasya Ezza di talian 017-3517038 untuk penyertaan.
Selain itu, turut dianjurkan adalah program Sepetang Santai Seni di lokasi yang sama.
Baca lagi: Kompleks Campbell Dibanjiri Peminat Rock, Imbau Kenangan Tahun 80-an
Orang ramai yang hadir boleh menghayati dan menikmati bacaan puisi dan syair dalam program ini yang bermula pada jam 3 petang.

Tidak ketinggalan, malam Sambutan Hari Malaysia dimeriahkan dengan penganjuran Campbell Glitters Hari Merdeka yang akan bermula pada jam 8.30 malam.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai program ini boleh melakukan pertanyaan di talian 018-3686349.
Yuran penyertaan untuk program ini hanya RM25 dan peserta berpeluang untuk memenangi hadiah pakaian terbaik dan cabutan nombor bertuah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

