BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam memuji kebebasan dan ketegasan badan kehakiman negara ketika ini.

Menurut beliau, kebebasan badan kehakiman itu  boleh dilihat dengan lebih jelas khususnya apabila melibatkan hal ehwal politik.

Musa berkata, ketegasan badan kehakiman juga mencetuskan kemarahan banyak pihak khususnya terhadap golongan yang mempunyai kepentingan politik.

Begitupun, jelas beliau, ada juga pihak yang gembira kerana  sistem perundangan negara memperlihatkan tiada campur tangan daripada kerajaaan.

“Saya tidak pernah menyaksikan badan kehakiman yang bebas seperti sekarang, sangat tegas dan sudah tentu yang berkaitan dengan kepentingan politikz

“Ia melibatkan banyak pihak akan marah dan gembira tetapi perkara yang kita perlu berpegang pada prinsip tidak campur tangan yang pernah anda lihat padanya,” katanya memetik laporan Astro AWANI.

Musa berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Malaysia Persatuan Dyslexia Malaysia di ibu negara, pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan mahkamah berkaitan dengan kes penyelewengan dana serta rasuah yang menyaksikan beberapa ahli politik dijatuhkan hukuman

Baca lagi: SRC: Bukti integriti badan kehakiman masih unggul

Mengulas lanjut, Musa berkata, kebebasan badan kehakiman tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak itu perlu terus dipertahankan.

Tegas beliau, perkara itu bagi memastikan keadilan akan terus ditegakkan dalam negara.

“Jika anda terlibat secara emosi, anda mungkin tidak gembira. 

“Sangat jelas dalam badan kehakiman kita adalah bebas, malah peguam adalah sebahagian daripada isu kebebasan institusi ini.

“Tetapi bagi saya setakat ini dalam hidup saya ini tidak pernah sebebas yang saya saksikan dalam hidup saya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram