Bomba selamatkan kanak-kanak mangsa dera

Dari Penulis

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai mangsa dera diselamatkan bomba di sebuah kondominium Jalan Cahaya, Ampang, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata kanak-kanak warga tempatan yang dikurung dalam bilik itu cuba melarikan diri melalui tingkap di tingkat empat kondominium berkenaan.

“Kejadian tersebut disedari oleh orang awam dan pengawal keselamatan bertindak memecahkan pintu rumah sebelum ketibaan bomba.

“Kanak-kanak itu telah diselamatkan dan dipercayai didera. Kes telah diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi malam ini.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kenyataan MB Johor mengenai DAP: ‘Tak perlu mana-mana pihak terlalu melatah’

MANA-MANA pihak diingatkan tidak perlu terlalu melatah atau keterlaluan dalam mengkritik kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi...

More Articles Like This