“ADA yang terima, tidak sanggup menegur. Mana mufti dan majlis agama, tidak boleh tegurkah bab ini?.”
Itu kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegur sikap pemimpin yang mengeluarkan kenyataan kafir-mengkafir pihak lain.
Memetik laporan BH Online, Anwar turut menegaskan tindakan kafir-mengkafir itu perlu dihentikan kerana ia membawa naratif merosakkan.
Menurut Anwar, parti politik sepatutnya memberi tumpuan kepada isu dasar dan tidak menyerang menggunakan isu kafir berkenaan.
Beliau berkata, tindakan sedemikian hanya akan menimbulkan kacau bilau yang mungkin tidak dapat dikawal.
“Saya tidak setuju andaian kalau menyinggung kafir oleh pimpinan Pas dan saya tidak setuju cara Tun Dr Mahathir (Mohamad) mengkafirkan yang lain.
“Ini bukan tradisi budaya Islam dan tidak boleh dipertahankan,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Sanawi Ke-51 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persidangan Antarabangsa Kosmopolitan Islam, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Tiada kerjasama UMNO, PAS peringkat negeri hadapi PRU-15
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, pendirian beliau dan arahan kepada PH serta PKR supaya tidak melayan sikap sedemikian bahkan perlu membantah tindakan itu.
“Pendirian saya dan arahan kita kepada PKR dan PH, jangan layan, bahkan harus bantah sikap sama ada tidak jelas kafir-mengkafir atau pun memberikan pandangan ke arah itu,” katanya.
Semalam, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa Pas kini adalah parti kafir berikutan tindakannya bekerjasama dengan UMNO dan parti bukan Islam demi memperoleh kedudukan.
Dr Mahathir berkata, hingga kini Pas tidak menarik balik dakwaan yang dibuatnya suatu ketika dulu, bahawa orang yang tidak bersama parti itu adalah kafir, maka dengan tindakan kerjasama terbabit, ia menggambarkan bahawa mereka bukan lagi parti Islam.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada April 1981 melalui Amanat Haji Hadi dikatakan mengkafirkan UMNO sehingga menyaksikan orang Melayu ketika itu berpecah-belah.
Namun pada 2019, PAS bekerjasama dengan musuh tradisinya, UMNO di bawah semangat ‘perpaduan ummah’ atas nama Muafakat Nasional (MN).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

