SEORANG lelaki rentung tersepit manakala dua penumpang cedera parah selepas kereta yang dinaiki terbakar di Batu 7, Jalan Besar, Tongkang Pechah, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kejadian pada pukul 10.54 malam.

Sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram bersama dua buah jentera dikerahkan ke lokasi kejaadian.

Menurut kenyataan, bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati kereta telah terbakar 90 peratus dan seorang mangsa berusia 42 tahun telah tersepit di bahagian pemandu.

“Dua lagi mangsa berusia 25 dan 28 tahun telah berjaya diselamatkan orang awam sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Wanita rentung kereta dinaiki terbakar

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kesemua mangsa dalam perjalanan ke Yong Peng sebelum Range Rover yang dipandu hilang kawalan lalu melanggar titi batu dan terbakar.

“Pemandu disahkan maut di tempat kejadian manakala dua penumpang cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk menerima rawatan,” katanya.

Jelasnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram