TIGA tekong Indonesia dan 49 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan polis di dua lokasi berbeza di Banting, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya telah terserempak dengan 11 orang PATI warga Indonesia di persisiran Pantai Long, Morib pada pukul 12.30 tengah malam.

Beliau berkata, semakan mendapati kesemua PATI yang terdiri dari tiga lelaki, lapan wanita dan seorang kanak-kanak perempuan itu gagal menunjukkan dokumen pengenalan yang sah.

Jelasnya, soal siasat yang dilakukan telah membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah inap desa di Kampung Endah dan menangkap 41 lagi PATI.

Baca artikel berkaitan : Polis tahan enam PATI selepas aksi kejar-mengejar dekat Gua Musang

“Seramai 29 lelaki dan lapan wanita Indonesia serta empat warga Bangladesh ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, tiga lelaki Indonesia yang ditahan dalam serbuan kedua adalah tekong yang menguruskan perjalanan kesemua PATI untuk masuk ke dalam Malaysia dengan mengenakan upah bayaran sebanyak RM2,000 sehingga RM4,500.

“PATI ini dipercayai digunakan bagi sektor perladangan dan pembinaan di sekitar Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor,” ujarnya.

Ahmad Ridhwa berkata, pemilik inap desa tersebut akan dipanggil bagi memberi keterangan susulan membenarkan kediamannya dijadikan rumah tumpangan.

Kesemua PATI berusia 6 hingga 50 tahun ini ditahan dan kes kini disiasat dibawah kesalahan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram