Dua maut ketika menduga kelajuan babitkan tujuh motosikal

Dari Penulis

DUA disahkan maut termasuk seorang remaja berusia 15 tahun ketika menduga kelajuan di Kilometer 102.2 Lebuhraya PLUS arah selatan pada pukul 2.35 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan membabitkan tujuh buah motosikal yang dalam perjalanan menghala ke selatan.

Katanya, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila ketujuh-tujuh buah motosikal tersebut ditunggang secara beriringan pada kelajuan yang tinggi sebelum hilang kawalan lalu berlanggar sesama sendiri.

“Mangsa remaja lelaki bersama seorang lagi penunggang motosikal berusia 22 tahun disahkan maut di tempat kejadian.

“Remaja terbabit yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh pada Julai 2018,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Remaja perempuan maut dalam kemalangan tiga buah motosikal

Ujarnya, lima yang lain yang turut mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk menerima rawatan.

“Dua daripada lima yang cedera turut didapati tidak memiliki lesen memandu,” katanya.

Kes kini disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI kukuh kerana budaya ‘duduk semeja’ – Hannah Yeoh

AMALAN bekerjasama dan saling menghormati antara parti dalam Kerajaan MADANI menjadi faktor penting kepada kestabilan pentadbiran serta keupayaan kerajaan...

More Articles Like This