PERUNTUKAN yang sesuai untuk meraikan minat anak muda boleh dipertimbangkan kerajaan dala Belanjawan 2023 yang akan dibentang 7 Oktober ini.

Bekas Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri berkata, hal itu bagi memberi peluang kepada anak muda dalam melakukan aktiviti yang berfaedah seterusnya memberi sumbangan kepada negara.

“Semalam saya bersama-sama Haji Azlee turun ke Litar Antarabangsa Sepang bagi menyaksikan pasukan Sitty Racing yang diuruskan oleh Noor Fikree Yunus, berentap dalam pusingan ke-4 Malaysia Championship Series 2022.

“Alhamdulillah kedua-dua anak Haji Azlee, Akid Azlee (Honda Civid FDR2R #50) dan Aiyub Azlee (Honda Jazz #500) telah berjaya mendapat tempat pertama dan kedua dalam kejohanan semalam,” katanya menerusi perkongsian di Facebook hari ini.

Baca lagi: Belanjawan 2023 sah dibentang 7 Oktober, Wan Junaidi nafi sebab PRU

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, 7 September 1968 telah tercatat dalam sejarah sukan Lumba Kereta dalam negara di mana berlangsungnya kejohanan lumba kereta Malaysia pertama di Gelanggang Lumba Kereta Batu 3, Jalan Kelang, Selangor.

Katanya, selepas itu, semakin ramai anak muda yang berbakat dalam sukan lumba kereta ini samada kategori formula racing, street racing, endurance racing, touring racing, rally, drag dan drift.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram