Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob GAMBAR: Abd Razak Aid

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) termasuk ahli Badan Kehakiman, perlu mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketetapan itu diputuskan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR), yang turut memaklumkan perincian kod etika baharu berkenaan, akan dibentangkan semula oleh SPRM dalam mesyuarat akan datang.

“JKKMAR juga memutuskan mekanisme perisytiharan harta Anggota Pentadbiran, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara oleh SPRM, akan diperkukuhkan bagi memantapkan kredibiliti serta integriti pentadbiran kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi: Pengarah urusan GLC hartanah antara empat ditahan SPRM

Beliau berkata, pindaan dan penambahbaikan Kod Etika Bagi Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen sedia ada, akan dilaksana dan satu kod etika baharu akan turut diperkenalkan untuk Ahli Parlimen dalam Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347), dengan mengambil kira pengekalan prinsip pengasingan kuasa badan eksekutif dan legislatif.

Ismail Sabri berkata, pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkhidmat di tempat sama dalam tempoh lama, boleh ditukarkan ke PBT lain bagi mengelak risiko gejala rasuah dan salah guna kuasa, serta kewujudan Little Napoleon di peringkat lapangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram