Sedapnya spageti alfredo ayam ini. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi yang mudah dan sedap ini. Gerenti licin sekelip mata!

BAHAN:
100gm spageti – telah dimasak
80gm isi ayam – dipotong kecil
20gm daun basil – dicincang halus
20gm serbuk oregano
50gm sos putih
30gm krim putar
20gm kepingan cili
20gm bawang putih – dicincang
10gm daun pasley – dicincang
20gm keju parmesan
Minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa

CARA:
1.Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Selepas itu masukkan ayam dan masak sehingga keperangan.
2.Masukkan sos putih.
3.Kemudian masukkan daun basil, serbuk oregano dan kepingan cili. Gaul sebati.
4.Selepas itu, masukkan keju parmesan.
5.Masukkan spageti dan gaul sebati.
6.Akhir sekali masukkan krim putar, garam dan lada hitam secukup rasa. Gaul sebati.

Resipi: Cef Razali Mokhtar

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Peminat nasi kandar Melayu sekitar Putrajaya wajib cuba. #makanlokal #malaysianfoodie #myfoodie ♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram