IPD Bentong siasat dakwaan sindiket culik di Genting Highland

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di Genting Highland.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan itu dibuat selepas dakwaan sindiket penculikan itu tular di media sosial sejak semalam.

@utusantvofficial

#PAHANG Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan dibuat walaupun tidak menerima sebarang laporan polis daripada pihak yang terlibat. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Jelas beliau, pihak keselamatan Genting Highlands telah membuat laporan polis kira-kira jam 8.16 malam semalam berhubung video tular tersebut.

“Tular sebuah video berdurasi satu minit 20 saat melalui akaun TikTok @Alfitry_Azmi52 yang dimuat naik di Facebook daily traffic report.

“Video itu memaklumkan seorang kanak-kanak perempuan hampir menjadi mangsa culik oleh seorang perempuan wargangera asing di Genting Highlands,” katanya dalam kenyataan.

Baca lagi: Polis Narathiwat edar gambar ejen kosmetik mangsa culik

Mengulas lanjut, Zaiham berkata, pihaknya telah mengesahkan tidak menerima sebarang laporan polis daripada pihak yang terlibat.

Jelas beliau, IPD Bentong akan menghubungi pemilik akuan TikTok berkenaan bagi mendapatkan makumat lanjut berhubung kejadian tersebut.

“Kita memohon kerjasama daripada semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dalam satu lagi klip video di TikTok, seorang lelaki yang mendakwa diri bapa kepada anak yang hampir diculik tampil menjelaskan cerita sebenar.

Menerusi akaun bernama Jaffrule Zaffrule, mendakwa isterinya didatangi dua warga asing  ketika dia bersama rakan ingin bermain permainan.

Katanya, sangkaan awal kedua-dua mereka mungkin ingin mencuri barang yang dijaga isterinya, tetapi sebaliknya wanita warga Pakistan bertindak menarik dan mendukung anaknya.

Katanya, dia tidak membuat laporan polis dan menyerahkan kepada polis bantuan untuk tindakan selanjutnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bersatu dukacita dengan Pas tetapi tetap kekal dalam PN

BERSATU melahirkan rasa dukacita dengan Pas yang mengumumkan memberhentikan kerjasama politik dengan parti itu. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin...

More Articles Like This