Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki GAMBAR: Abd Razak Aid

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menarik sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Hal itu selepas Muhyiddin membidas Perdana Menteri dengan mengatakan pentadbiran ketika ini gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik semalam.

Tegas Asyraf, dakwaan Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi itu tidak tepat dan sekadar tuduhan tidak berasas.

“Keadaan ekonomi hari ini jauh lebih baik daripada waktu beliau buat Lock-Down separa masak paling lama dan menggantung Parlimen sewenangnya beberapa bulan.

“Jadi siapa sebenarnya yang gagal urus ekonomi? Siapa Menteri Kanan Ekonomi merangkap Menteri MITI? Siapa Menteri Perancang Ekonomi (EPU)?

“Siiapa Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi? Bukankah semuanya termasuk Tan Sri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)? Sekali lagi siapakah yang sebenarnya gagal?”katanya menerusi Facebook hari ini.

Baca lagi: Pengurusan ekonomi negara buruk, eloklah PRU diadakan – Muhyiddin

Mengulas lanjut, Asyraf turut mempersoalkan syarat Muhyiddin yang mahu mengekalkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam pentadbiran Ismail Sabri.

Tambah beliau, Muhyiddin perlu membuktikan dakwaan beliau berkenaan kegagalan kerajaan mentadbir ekonomi dengan menarik sokongan terhadap Ismail Sabri.

“Paling utama, jika Muhyiddin meyakini kerajaan hari ini gagal urus ekonomi dan perlu adakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), maka jangan hanya menyalak dan menggertak.

“Buktikan dengan tindakan sebagai anak jantan untuk segera arah anak-anak buah Tan Sri dalam kerajaan untuk menarik ssokongan terhadap Perdana Menteri,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram