Memang sukar nak membuang sifat malas nak dalam diri, dan sikap ini akan disusuli dengan sikap suka bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugasan sehingga akhirnya menjerat diri sendiri.

Ubati sifat negatif dalam diri dengan tujuh tip yang dikongsikan pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Apa yang penting, kuatkan semangat dalam menghadapi hari-hari mendatang.

“7 Cara tangani sikap malas dan suka bertangguh kerja:

1. Mulakan dengan niat yang baik

Berdoa dalam hati, “Ya Allah, lancarkan segala tugasku hari ini. Berikan aku ilham dan kekuatan untuk menempuhi apa juga cabaran untukku. Tugas yang perluku sempurnakan ini adalah tanggungjawabku. Maka permudahkan ya Allah.”

2. Mengutamakan tugas

Setiap pagi, kita perlu menyenaraikan semua tugas yang perlu diselesaikan dalam sehari. Lihat berapa jam tempoh kita bekerja dan isikan masa tersebut berdasarkan keutamaan tugas tersebut.

3. Elakkan multitasking

Benar, ada di antara kalian suka buat 2-3 kerja dalam satu masa. Walau hebat macamana pun kita buat semua kerja dalam satu masa, akan ada satu masa, otak kita terbeban dengan banyaknya informasi.

Di situ yang boleh burnout tu. Tarik nafas dalam-dalam dan buat satu demi satu.

4. Rancang gerak kerja.

Luangkan 15 minit pada permulaan untuk benar-benar susun jadual dan gerak kerja. Jika melibatkan dengan kawan sepasukan, bincang dengan mereka macamana nak bersatu menyelesaikan tugasan demi tugasan.

5. Hadiahkan diri sendiri.

Setiap kali 1 jam anda bekerja, hadiahkan diri anda dengan rehat 15 minit. Bangun dari tempat kerja, bergerak. Pergi bancuh kopi atau ke tandas. Cuci muka dan sebagainya.

6. Maafkan diri sendiri.

Tercetusnya siikap suka bertangguh, kadangkala adalah disebabkan rasa bersalah. Kamu rasa bersalah sebab tak mula lebih awal. Bila kamu terasa lewat, kamu jadi malas dan nak buat sungguh-sungguh.

7. Tutup notifikasi handphone.

Tiada yang boleh menganggu fokus kamu. Terutama handphone kamu. Tukarkan ia ke dalam setting focus atau pun silent mode bagi mengelakkan ia menganggu diri kamu untuk bekerja.

Anak cucu dan sahabat Tok Abah,

Ayuh bangkit! Jom kita mulakan tugas dengan bahagia dan ceria. Perkasakan diri dan peribadi unggul supaya kita dapat lebih produktif dan bekerja dengan lebih cergas!

Bila kita sungguh-sungguh bekerja, maka rezeki juga bersungguh-sungguh akan sampai ke kita.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,

Tetap bersemangat ya!”

Sumber : Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah