Proton Saga yang dinaiki mangsa terlibat dalam kemalangan di Jalan Sidam Kiri, Sungai Petani. GAMBAR: Polis.

SEORANG warga emas maut ketika memangku seorang bayi dalam kejadian kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Sidam Kiri, Sungai Petani, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa seorang penumpang lelaki berusia 63 tahun maut akibat kecederaan dalaman di kepala.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, pemandu Toyota Corolla sedang memandu dari arah Sungai Petani ke Sidam Kiri manakala sebuah lori, motosikal Kawasaki dan Proton Saga yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah bertentangan.

“Pemandu Toyota Corolla tiba-tiba telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian tengah lori,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Warga emas maut diseret lori sejauh 200 meter

Jelasnya, lori terbabit kemudian bertembung dengan bahagian depan Proton Saga manakala penunggang motosikal yang berada di belakang lori tidak sempat mengelak lalu hilang kawalan dan jatuh.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang berada di tempat duduk penumpang belakang Proton Saga telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya.

Mengulas lanjut, kesemua mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim bagi menerima rawatan.

Zaidy berkata, siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu Toyota Corolla yang memandu dengan laju sehingga menyebabkan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

Sehubungan itu, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram