Mahkamah terima sebahagian besar pernyataan saksi bekas Setiausaha Akhbar Ahmad Zahid

Dari Penulis

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari iniĀ menerima sebahagian besar pernyataan saksi bekas setiausaha akhbar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam perbicaraan rasuah bekas timbalan perdana menteri itu melibatkan dana Yayasan AkalbudiĀ (YAB).

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bagaimanapun berkata mahkamah membenarkan bantahan pihak pendakwaan pada tiga perenggan iaitu; baris terakhir dalam perenggan 17 dan 22, dan keseluruhan perenggan 18 supaya dikeluarkan daripada pernyataan saksi Mejar Jeneral (B) Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican, yang merupakan saksi pembelaan kedua.

ā€œSaya dapati selebihnya, (perenggan) 16 hingga 30 (pernyataan saksi) berkaitan dengan fakta secara langsung dalam isu yang menjadi teras kes pembelaan dan oleh itu bukan perkara kolateral yang tertakluk di bawah Seksyen 153 Akta Keterangan 1950.

ā€œBerhubung perenggan 16 dan 17, saya bersetuju dengan pembelaan bahawa perkara yang terkandung adalah pengenalan naratif tentang bagaimana saksi pembelaan (Fadzlette) mengenali saksi ke-90 pendakwaan, bekas setiausaha eksekutif Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly,ā€ kata beliau.

Pada 19 Sept, pihak pendakwaan membantah sebahagian pernyataan saksi Fadzlette atas alasan ia tidak relevan dan tidak boleh diterima.


Jadikan UtusanTV ā€˜shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: LayariĀ utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ā€˜Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diĀ TikTok,Ā Facebook,Ā Twitter,Ā InstagramĀ &Ā Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This