Pertandingan Pidato Antirasuah MCW didik pelajar bahaya rasuah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MENYEDARI kepentingan memberi kesedaran sejak muda, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menganjurkan Pertandingan Pidato Antirasuah, hari ini. 

MCW dalam kenyataan memaklumkan, Pertandingan Pidato Antirasuah itu diadakan dengan kerjasama Kolej Vokasional Kajang. 

Menurut MCW, sebanyak 11 buah sekolah teknik dan kolej vokasional seluruh Lembah Klang menyertai pertandingan ‘pilot’ itu. 

“Peserta dibahagikan kepada dua kategori iaitu lelaki dan perempuan dengan keseluruhan seramai 22 peserta,” katanya. 

Sementara itu, Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, pertandingan pidato itu penting dalam proses pembentukan pemimpin masa hadapan. 

“Peserta yang bercakap tentang topik antirasuah pasti akan ingat kenangan ini dan akan mengamalkannya dalam kehidupan. 

“Hanya 10 peratus pemimpin dilahirkan dengan kemampuan istimewa menjadi pemimpin manakala yang lain mesti dilatih dan diasuh untuk menjadi pemimpin. 

“Program ini penting dalam pendidikan kepimpinan,” katanya. 

Baca artikel berkaitan: MCW harap pengisytiharan harta CEO GLC, GLIC dikuatkuasakan segera

Jais memberitahu, Kolej Vokasional Kajang mengungguli pertandingan tersebut apabila berjaya memenangi kedua-dua kategori. 

Pada masa sama, pemidato terbaik turut dibolot oleh peserta dari Kolej Vokasional Kajang. 

Pilot program yang kedua akan diadakan pada 28 September ini di Sekolah Menengah Methodist Parit Buntar untuk pemimpin pelajar Peringkat Daerah Kerian.

“Usaha murni ini untuk mendidik golongan pelajar agar sentiasa sedar tentang bahaya rasuah. 

“Peranan pendidik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antirasuah perlu lebih menyeluruh serta bergerak seiring dalam memperkasa pendidikan antirasuah,” jelas beliau. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This