SEORANG remaja maut selepas motosikal yang dinaiki merempuh batu penghadang di bulatan Lapangan Terang Subang, 10.10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda Future yang dinaiki dua individu pada pukul 10.54 malam.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal di selekoh bulatan telah terbabas lalu melanggar batu penghadang di tepi jalan.

“Penunggang berusia 17 tahun maut di tempat kejadian manakala pembonceng berusia 19 tahun mengalami cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Masalah brek, pemandu lompat keluar sebelum lori rempuh tembok konkrit

Jelasnya kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R. Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram