Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi nasi beriani Mughlai yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN:
500 gm beras basmathi
1 kg ayam
4 labu bawang besar (hiris nipis)
4 ulas bawang putih
4 sm halia
½ cawan badam
6 sudu besar minyak sapi
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil garam masala
1 cawan yogurt
1 biji jus lemon
250 ml stok ayam
Sedikit daun ketumbar (hiris)
Sedikit daun pudina (hiris)
Garam

BAHAN TUMIS:
kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
8 biji lada sulah
BAHAN HIASAN:
Bawang goreng
Kismis
Gajus

CARA MENYEDIAKAN:
1.Kisar bawang putih, halia dan badam. Asingkan.
2.Beras terlebih dahulu direndam selama 30 minit. Kemudian tanak separuh masak. Ketepikan.
3.Pijarkan minyak sapi dan tumiskan bawang sehingga kekuningan. Angkat dan asingkan.
4.Tumiskan pula bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan dan tumis lagi.
5.Kemudian masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan garam masala. Selepas itu, masukkan ayam dan masak selama 5 minit.
6.Masukkan pula yogurt, jus lemon, stok ayam, daun ketumbar dan daun pudina. Tambahkan garam secukupnya. Biarkan seketika sehingga ayam empuk. Angkat.
7.Ambil periuk lain, kemudian letakkan sebahagian nasi beriani. Di atasnya pula, letakkan pula ayam beriani. Selangselikan dengan taburan bawang goreng, kismis dan gajus.
8.Akhir sekali, masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 10 minit.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Sedapnya ayam goreng 65 ni. Makan ratah macam tu pun layan. #chicken65 #ayamgoreng #ayamgorengcrispy #ayam65 #fyp #majalahsaji #resipisaji #resipimudah ♬ Every Second – Mina Okabe

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram