Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi sotong goreng cili kering yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN
300 gm sotong – bersihkan & potong ikut suka
4 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih- cincang
2 cm halia
10 tangkai cili kering- potong 3 cm
½ labu bawang besar – potong kasar
2 sudu besar sos tiram
½ sudu besar kicap cair
½ sudu besar kicap pekat
½ sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil serbuk pati ayam
4 sudu besar air
½ sudu kecil tepung jagung- bancuh dengan sedikit air
20 biji gajus- goreng sebentar
5 batang daun bawang – potong 3 cm

CARA:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan cili kering, kacau sebentar.
  2. Masukkan sotong, kacau sebentar.
  3. Masukkan sos, bahan perasa lain dan air, didihkan sebentar hingga agak kering.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sebentar.
  5. Masukkan gajus dan daun bawang , angkat dan hidangkan.
Resipi: Cef Amer Hamzah

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Port makan sedap di Sungai Ramal Dalam, Kajang #makanlokal #myfoodie #malaysianfoodie ♬ Tiba-Tiba Speed Up – liriklaguツ

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram