Bob Lokman meninggal dunia

Dari Penulis

PELAKON terkenal dan penulis lirik Bob Lokman, 58, meninggal dunia hari ini akibat komplikasi jantung.

Difahamkan, Bob atau nama sebenarnya Mohd. Hakim Lokman menghembuskan nafas terakhirnya di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan.

Berita tersebut turut dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre.

Malah, khabar pemergiannya itu juga turut dikongsikan oleh rakan artis menerusi laman sosial.

Sebelum ini, arwah yang juga penulis lirik lagu Isabella nyanyian kumpulan legenda Search itu berdepan masalah kesihatan sehingga terpaksa bergantung nyawa pada alat bantuan jantung atau Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IACD).

Allahyarham juga pernah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuantan, Pahang akibat masalah jantung.

Bob mula aktif dalam dunia hiburan pada 1988 dan selain lagu Isabella, dia juga pernah menulis lirik lagu Memburu Rindu, Rendang Tak Berbuah nyanyian Datuk Hattan.

Malah, arwah juga pernah menghasilkan lirik lagu untuk kumpulan Wings menerusi Intanku Kesepian, Taman Rashidah Utama.

Selain itu, Allahyarham juga pernah berlakon dalam filem Yes, Tuan!, Iskandar, Santau dan beberapa lagi naskhah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This