Jangan sesekali menilai sesuatu hanya daripada luaran. Dan jangan cepat menjatuhkan hukuman andai tidak dihakimi dahulu apa yang berlaku.

Perkongsian ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi akan situasi yang berlaku kepada sebuah keluarga di sebuah kedai makan cukup memberikan pedoman.

Ulasnya, tindakan tuan kedai yang menimbulkan kekecohan sehingga menimbulkan rasa malu sebuah keluarga ini seharusnya ditangani dengan lebih bijak. Malah tindakannya menyelesaikan masalah dengan membayar harga makanan dan nasihat yang dititipkan meninggalkan rasa kesal pada wanita itu.

Ikuti perkongsiannya.

“Perkongsian yang baik

“kalau takde duit tak payahlah order makan macam².!!”

1 kedai dengar tokey kedai tu sound pakcik ni dengan family dia.

Pakcik tu dengan makcik, 4 orang cucu dan 3 perempuan remaja and dewasa.

“Menantu saya tak dapat dihubungi,dia yang suruh makan kat sini…”

“Itu hal awaklah, habis tu takkan dah makan taknak bayar…rm259 ni”

Ah kacau, dah jadi drama plak kat restoran tu, pelanggan² lain dah mula bergosip, ada yang buat tak tahu…

Aku tengok pakcik tu punya muka macam malu yakmat…

Tadi aku tengok masa makan² family dia happy sangat…dan ada terdengar sorang budak kecik tu cakap…

“Mana baba atuk? Rindu nak jumpa baba…”

Maybe menantu dia yang setting makan keluarga ni, tapi menantu dia tak sampai lagi..call pun tak angkat²…

Tadi aku tengok 1 family ni sampai kat restoran pun pakai van vanete lama…masuk restoran pun, tengok yang kecik² tu seronok bukan kepalang dapat makan kat luar…

Pakcik tu pakai serban..baju jubah…keluarga dia pun elok berpakaian muslimah…

Keluarga baik2 ni, tak sanggup aku tengok diaorang dimalukan…

“Makcik, kira saya punya dulu, saya nak cepat ni”

Panggil aku kat tokey kedai yang tengah hot tu yang berdiri kat meja pakcik tu…

Tokey kedai datang kat aku… “20 dik”

“Kira sekali ngan pakcik tu punya tapi dengan syarat makcik minta maaf ngan dia dan cakap makcik belanja dia hari ni, boleh?”

“Tapi kenapa? Kenapa tak cakap adik je belanja?”

“Pakcik tu mungkin ada masalah keluarga,makcik tengking dia,

dia dah dimalukan depan orang ramai,

jadi saya nak makcik perbetulkan keadaan supaya maruah dia dikembalikan dan dalam masa yang sama saya nak kredibiliti makcik juga dikembalikan,

sebab bila makcik tengking pelanggan,

pelanggan² lain akan mula anggap makcik ni tokey restoran yang tak baik,

nanti mereka akan cerita macam² pasal restoran makcik…

padahal saya tahu makcik orang baik,

dah lama saya jadi pelanggan makcik..

saya tak naklah disebabkan benda macam ni reputasi makcik jatuh dimata orang lain..”

Tokey kedai pun macam tersentap dan sedar kekasaran dia…

Lepas aku siap bayar, aku tengok tokey kedai pergi kat pakcik tu ngan muka senyum², bersalam salaman ngan yang perempuan² kat meja tu..

Terhangguk² kepala masing², tengah minta maaf dan memaafi la tu…

Lepas tu aku tengok pakcik tu bangun tergesa²…semua pun bangun tergesa² menuju ke van mereka dan gerak….

So aku pun bangun dan gerak nak bla…

Tokey kedai follow aku sampai kat luar kedai dan…

“Dik, tq sedarkan makcik, duit makanan keluarga tadi makcik nak bayar balik kat adik, biarlah makcik belanja diaorang…rupanya menantu dia kemalangan, sebab tu lah menantu dia tak angkat2 call…

Kalaulah makcik terus marah² dia tadi, tak tahulah nak simpan perasaan bersalah ni macamana…”

“Sebab itulah saya taknak makcik marah² tadi, sebab setiap masalah tu mesti ada sebabnya…takut kita menyesal kalau tak bersabar…”

“Ni duit rm280 makcik nak pulang semula kat adik, biarlah makcik yang belanja keluarga tu ngan adik punya sekali…”

“Takpe makcik, simpan duit ni untuk bayarkan dan bantu maybe akan ada yang susah atau takde duit nak makan akan datang…carry foward je sedekah ni…semoga jadi asbab pahala mengalir tak putus² kepada kita…”

.

.

Begitulah kawan², nenek moyang kita pun dah berpesan…

Kalau benci jangan benci sangat…

Kalau marah jangan matah sangat…

Kalau tak suka jangan tak suka sangat…

Bersederhanalah dalam setiap perkara…

.

Ini kisah terobek zaman² Malaysia menuju negara maju dulu…zaman² manusia bebas tanpa darurat dan pandemik…

Rindu zaman tu …..

#BankIdea”

Sumber : Jafri Abu Bakar Mahmoodi