Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi ayam masak merah yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam
3 batang serai | ketuk
3 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos cili
Sedikit gula Melaka •
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

BAHAN KISAR
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 cm halia

BAHAN TUMIS
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MENYEDIAKAN:
1.Ayam dipotong mengikut citarasa dan dibersihkan.
2.Kemudian gaulkan dengan kunyit dan garam. Goreng sehingga masak atau separuh masak. Angkat dan tuskan minyaknya.
3.Tumiskan bahan kisar dan bahan tumis sehingga naik bau.
4.Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.
5.Kemudian masukkan sos cili dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Satu lagi port nasi kandar sedap di Jalan TAR #makanlokal #malaysiafoodie #myfoodie #nasikandarpenang ♬ Nasi Kandar – M.Shariff & Maidin Kedai Kopi

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram