Tiada yang lebih berharga daripada momen istimewa bersama insan tersayang. Walau mereka telah pergi meninggalkan kita buat selamanya, namun gambar dan video yang dirakam menjadi harta paling berharga buat pelepas rindu.

Khairul Abdullah atau lebih popular dengan gelaran Super Daddy berkongsi sebuah video terakhir yang dirakam arwah isteri. Menerusi video tersebut, tiga anak-anaknya dilihat cukup gembira dapat meluangkan masa bersama ibunda tercinta, tanpa menyedari itulah detik terakhir sebelum ibu meninggal dunia.

Malah Khairul menyifatkan mungkin itulah malam paling bahagia buat si isteri sebelum pergi mengadap Yang Maha Esa.

“Korang mesti perasan gambar budak bertiga ni kat profile aku.Dah lebih 4 tahun gambar tersebut tak pernah bertukar menjadi cover profile FB aku ni. Gambar tu adalah screenshot dari video di bawah.

Ini adalah video terakhir yang dirakamkan oleh arwah isteri aku sebelum dia meninggal beberapa hari kemudian.

Pemergian dia sangat mengejutkan buat anak-anak. Never they imagine that this was the last nite their mother talking and laughing together with them.

Diorang berborak lama sebelum tidur.

Kejap-kejap dia tergelak besar dengan keletah anak-anak. Aku tengok jer keletah isteri aku dengan anak-anak dia. Lepas dia rekod video dia gomol pulak ketiganya. Bergelak tawalah mereka berempat.

Itu adalah malam terakhir dia bersembang melayan anak-anaknya kerana esoknya dia jatuh sakit dan meninggal setelah 3 hari bertarung nyawa di ICU.

Dia meninggal ketika berusia 37 tahun di Hospital Putrajaya akibat jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan pelbagai organ (Severe Sepsis With Multi Organ Failure).

This video is very fond and sentimental to me.

This is the last video she recorded on her phone and the last nite of her with the kids.

Probably the happiest nite in her life.

.

We miss her so much.

#superdaddy”

Sumber : Khairul Abdullah