POLIS kini sedang memburu seorang yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menggunakan panah di hadapan sebuah kondominium dekat Wangsa Maju.

Kejadian terbabit tular sejak Rabu selepas dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia di media sosial.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, sehingga kini pihak polis belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian terbabit.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang berusaha untuk mengenal pasti suspek yang terlibat dan tiada kertas siasatan dibuka setakat ini.

“Jika suspek dapat dikesan dan ditangkap, pihak polis akan menjalankan siasatan ke atas kesalahan penganiayaan terhadap binatang,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Baca artikel berkaitan : Pembunuh kucing dicari! Sanggup jerut dan gantung si comel

Tambahnya, kejadian dipercayai berlaku pada hari Rabu berdasarkan maklumat yang diterima daripada pengawal keselamatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram