Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi ayam kung pao yang menyelerakan ini. Sangat senang dan bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN
1 keping dada ayam – hiris sederhana besar
5 ulas bawang putih – cincang kasar
3 tangkai daun bawang – potong kecil
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
6 tangkai cili kering – potong kecil
100 gm gajus – goreng
1 sudu besar sos hoisin
1 sudu besar kicap cair
½ sudu besar kicap pekat
Sedikit minyak bijan
Sedikit garam dan gula
Sedikit serbuk lada putih
Minyak masak untuk menumis

CARA
1.Perapkan ayam dengan garam, serbuk lada putih dan bersama tepung jagung.
2.Panaskan minyak, tumis ayam sehingga ayam masak. Angkat dan ketepikan.
3.Masukkan cili kering, tumis bersama sos, kicap, minyak bijan dan gula.
4.Kemudian bolehlah masukkan ayam yang telah ditumis tadi lalu digaul sebati.
5.Taburkan daun bawang dan kacang gajus. Kacau seketika.
6.Hidangkan bersama nasi panas.

Resipi : Cef Hussin Khan

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Restoran sushi dengan tema pink #sajikongsi #myfoodie #makanlokal #sushimurah #sushisedap #fyp #malaysianfood #malaysianfoodie ♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram