Ular sawa gergasi berjaya ditangkap di Kampung Latompe.

PENDUDUK di Muna Barat, Sulawesi Tenggara gempar apabila terserempak dengan seekor ular sawa gergasi sepanjang tujuh meter pagi Rabu lalu.

Ular dengan anggaran berat 130 kilogram itu ditemui ketika penduduk membersihkan kawasan kebun untuk menanam jagung.

@utusantvofficial

Besarnya 😱. Turut ditemui sejumlah telur selepas penduduk bertindak membelah perut reptilia tersebut. #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #global #luarnegara

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Memetik laporan Detik.com, reptilia gergasi itu berjaya ditangkap di Kampung Latompe pada pukul 9 pagi.

Menurut Ketua Kampung Latompe, Laode Sugira, ular sawa gergasi itu ditemui di sebuah kebun seluas 100 hektar dan terdapat sungai serta paya di sekitarnya.

“Kebun tersebut telah diusahakan selama setahun, tetapi tidak berkesempatan menanam pokok kerana cuaca hujan.

“Jadi, baru kini kami meneruskan usaha menanam pokok jagung,” katanya ketika ditemu bual pada Jumaat.

Baca artikel berkaitan : Anda ingin membela ular? Fikir dahulu masak-masak dan ketahui apa hukumnya

Jelas Sugira, terdapat sembilan orang penduduk yang bekerja memotong rumput di kebun terbabit sebelum salah seorang menemui ular sawa gergasi yang sedang tidur.

“Penduduk tersebut mendapati ular tersebut dalam keadaan melilit badannya dipercayai sedang tidur,” ujarnya.

Ceritanya lagi, ular tersebut terpaksa dibunuh kerana ia bertindak agresif ketika cuba ditangkap.

Telur ular yang ditemui.

“Sebanyak lapan tetakan parang terpaksa dilakukan kerana ular tersebut melawan.

“Ketika dibelah perutnya sejumlah telur turut ditemui, ini bermaksud ia ular betina,” tambahnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram