Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed GAMBAR: Abd Razak Aid

KOS Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dijangka mencecah RM2 bilion sekiranya Parlimen dan Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan berasingan.

Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Memetik laporan Sinar Harian, Mustapa menegaskan, kos sehingga RM2 bilion itu mengambil kira kos melebihi RM1 bilion pada PRU-14 yang dilakukan secara serentak.

Malah, Mustapa berkata, peningkatan kos turut melibatkan pengundi yang perlu pulang mengundi sekiranya PRU dan PRN diadakan berasingan.

“Jika ia diadakan dua kali iaitu Parlimen dalam masa terdekat dan DUN tidak lama kemudian, sudah tentu kos meningkat dua kali ganda.

Baca artikel berkaitan: Sempat buat PRU sebelum banjir jika parlimen dibubar Oktober – Asyraf

“Itu belum lagi melibatkan pengundi yang tinggal jauh seperti di Sabah dan Sarawak, mereka perlu memikirkan kos untuk pulang mengundi.

“Jika PRU diadakan dua kali kos tambang akan meningkat dan membebankan mereka,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang SPM, STPM & STAM 2021 di Jeli, hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapa menegaskan satu lagi perkara semua pihak terlibat perlu ambil kira adalah kempen selama dua kali, perang mulut dan sebagainya.

Awal minggu ini beberapa media melaporkan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Dewan Undangan Negeri di ketiga-tiga negeri di tadbir parti itu yakni Kelantan, Terengganu dan Kedah hanya akan dibubarkan sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan tahun hadapan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram