Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. GAMBAR: Abd Razak Aid

DATUK Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau akan melepaskan kerusi Port Dickson dan memilih bertanding di Parlimen Ampang kerana tidak yakin menang di kawasan majoriti Melayu.

Memetik laporan BH Online, Presiden PKR itu turut menyangkal dakwaan dinyatakan Exco Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Mohd. Rashid Hasnon bahawa beliau akan meninggalkan kerusi Port Dickson.

“Jadi saya nak bertanding kerusi (majoriti) Cina? (Mohd) Rashid Hasnon ini siapa dia?

“Pasal apa kita hantar ke Batu Pahat? Sebab prestasi (beliau di) Pulau Pinang (ketika) itu kurang memuaskan.

“”Saya tidak umum pun (bertanding di Ampang), dia kata saya hendak bertanding Ampang. Siapa beritahu? (Jika) dia hendak pertahankan Zuraida ini bukan caranya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Himpunan Wanita Keadilan di Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.

Baca artikel berkaitan: ‘Pengkhianat’ dijangka bersara selepas PRU-15 – Anwar

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan kenyataan Ahli Parlimen Batu Pahat berhubung kerusi mana yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak sewajarnya timbul.

Jelasnya, beliau memimpin parti majoriti Melayu yang turut membabitkan penyertaan ahli daripada pelbagai kaum.

“Zuraida Melayu kan, dia bertanding di mana? Ampang. Jadi ini bukan isu.

“Saya tidak pernah uar-uarkan seperti mana Bersatu atau pun UMNO yang merupakan parti Melayu dan Islam,” jelas beliau.

Semalam, beberapa media tempatan melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Ampang kerana takut menghadapi pengundi Melayu di Port Dickson pada PRU15.

Mohd Rasyid yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat turut dilapor berkata, pengundi Melayu sudah dapat menilai kegagalan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) memimpin negara selama 22 bulan sebelum ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram