Penyanyi nasyid popular, ustaz Nazrey Johani menerusi laman sosialnya berkongsi sebab utama dia mengambil keputusan meninggalkan kumpulan Raihan pada waktu namanya berada di puncak populariti.

Ulasnya, selama bersama Raihan, hatinya tidak pernah tenang dan sentiasa berdoa agar diberi jalan keluar. Bagaimanapun doanya terjawab ketika menerima panggilan sahabat yang meminta pertolongan menjalankan kerja dakwah di Sabah.

“Saya bukan orang yang suka populariti. Nak rasa diri popular pun tak ada. Kalau ada orang sanggup jaga Facebook, Instagram, Twitter, sanggup jaga lima akaun untuk popular. Saya tak peduli Facebook. Saya buat dan selepas itu tinggal.

“Selama saya bersama Raihan, saya tak pernah senang hati. Walau pergi ke luar negara, lagi sebulan, lagi seminggu nak pergi, saya akan susah hati nak berjalan jauh.

“Selama saya dengan Raihan, saya tak pernah banggakan diri dan saya tak suka benda itu. Saya selalu berdoa ‘Ya Allah, kalau ini bukan tempat saya. Keluarkan saya dengan cara baik. Saya selalu berdoa begitu hampir setiap hari. Ya Allah saya tak suka tempat ini, hati saya tak tenang. Saya minta keluarkan saya baik-baik dari sini. Selepas 14 tahun baru Allah jawab.

“Sedangkan apabila orang tanya saya akan katakan, ‘InsyaAllah hidup mati saya bersama Raihan’. Tetapi diam-diam saya berdoa supaya dapat keluar dari sini. Dalam hati saya ‘kenapa saya selalu susah hati di sini’,” jelasnya.

Bagaimanapun jelas Nazrey, selepas hampir 14 tahun, doanya terjawab menerusi satu panggilan telefon dari Sabah.

“Pada 2006, kawan saya, Ustaz Halim Abbas metelefon selepas saya pulang dari konsert terakhir bersama Raihan di Kanada iaitu bulan 12 2005. Dia meminta pertolongan untuk menjalankan kerja dakwah di Sabah. Katanya di surau hanya dua tiga orang sahaja yang hadir. InsyaAllah jika saya datang, mungkin berpuluh dan beratus akan hadir ke masjid.

“Saya terfikir, ini tempat lahirku, negeriku. Betullah aku tahu kekurangan di sini. Dahulu pada detik saya masuk Islam, saya buat keputusan. Saya sudah tengok bagaimana orang Islam di sini. Islam sudah Islam tetapi amalan mana? Ilmu mana? Kekurangan sangat.

“Waktu saya membuat keputusan untuk mengucap dua kalimah syahadah itu, saya kata ‘Ya Allah jika aku pilih Islam hari ini, aku tak mahu sekadar menjadi Islam sekadar nama. Aku akan belajar dan cari ustaz sehingga sekurang-kurangnya saya boleh membaca Al-Quran dan tahu tentang ilmu-ilmunya. Itu janji saya dengan Allah sebelum mengucap dua kalimah syahadah.

“Dan apabila saya imbas kembali janji-janji itu, barulah saya ingat, inilah perjuanganku. Inilah masanya. Saya pergi Sabah selama 20 hari dan minta cuti dengan Raihan. Waktu itu tiada istilah cuti kerana setiap minggu ada persembahan. Waktu itu hanya saya seorang penyanyi di dalam Raihan, jadi berantakan bila saya cuti. Pada fikiran saya, saya hanya balik kampung, bercuti dan tolong orang buat kerja dakwah sahaja. Sudah enam tahun saya tidak balik kampung.

Ikuti perkongsiannya.

@nazreyjohaniofficial

KENAPA SAYA KELUAR RAIHAN? Pendedahan ini diceritakan oleh Ustaz sendiri apabila team ustazustazah.com bertanyakan “Kenapa Ustaz tak pilih untuk berdakwah tanpa keluar daripada Raihan?” Lalu tergerak hati ustaz untuk berkongsikan kisah yang sebenar semasa kami berada di Pusat TajaQuran di Kg Bitoon, Ranau, Sabah. Selepas keluar dari Raihan, Ustaz giat dalam kerja dakwahnya untuk membangunkan maahad tahfiz di Sabah dan kini beliau bersama team ustazustazah.com sedang menjalankan sebuah Program TajaQuran untuk MELAHIRKAN GENERASI CELIK AL-QURAN. Program dijalankan untuk memberikan pendidikan Al-Quran dan fardhu ain secara PERCUMA kepada anak-anak asnaf di seluruh Malaysia terutamanya rakyat Sabah. Kini 5 Pusat TajaQuran telah dibuka di Sabah, Negeri Sembilan dan Perak. KONGSI VIDEO INI SUPAYA SEMUA ORANG TAHU KISAH SEBENAR! Klik link utk sokong dakwah Ustaz: https://nazreyjohani.com #TajaQuran #NadiAlQuran #UstazNazreyJohani #Raihan #Sabah @UstazUstazah.Com

♬ original sound – nazreyjohaniofficial – nazreyjohaniofficial

Nazrey mengundurkan diri daripada kumpulan Raihan pada 2006 bagi memberi tumpuan kepada kegiatan dakwah.

Sumber : Nazrey Johani