Gula bukanlah musuh tubuh badan dan kesihatan namun bersederhanalah dalam menikmatinya. Bagi mereka yang mahu kekalkan gaya hidup sihat dan turunkan berat badan, apa kata cuba diet dengan menyekat penggunaan gula dalam minuman dan makanan.

Menurut perkongsian Hidayah Nor, pada minggu pertama kekangan gula dalam diet, lidah akan terasa pahit dan loya. Namun teruskan berdisiplin kerana ia hanya tindakbalas sementara.

Sekatan gula dalam diet bukan sahaja untuk kecantikan kulit dan pengurangan berat badan, namun ia berupaya memberikan kesihatan maksima tubuh badan.

Sumber : Hidayah Nor