Amanah dalam tugasan, tidak sukar lakukannya namun bukanlah mudah untuk dilaksanakan. Ia memerlukan tanggungjawab dan disiplin yang tinggi.

Inilah yang cuba diceritakan Ezry Fahmy menerusi laman sosial miliknya. Jelas Ezry, warga Nepal yang dikenali sebagai Phatta itu cukup komited dalam menjalankan tugasan. Malah seawal jam 8.00 pagi dia sudah berada di depan pintu pejabat walaupun perlu menunggu lama.

Lebih menakjubkan, Phatta sanggup menggunakan berus gigi bagi menghilangkan kotoran degil di karpet pejabat tanpa perlu diberi arahan.

Ikuti perkongsiannya.

“Phatta. Orang Nepal. Cleaner di tempat kerja lama.  Baru dua tahun kerja di Malaysia dah sekurang-kurangnya boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Sepanjang 8 tahun kerja, sudah ada bersilih ganti cleaner di awalnya. Rata-rata cleaners kurang komitmen kerja, lepas mengemas, lebih banyak duduk di pantry main telefon. 

Tetapi apabila diganti dengan Phatta, dia bekerja umpama tak ada waktu rehat. Tenaga dan fokusnya luar biasa.

Seawal 8 pagi sudah mula mengemas pejabat lain. Kadang dia terpaksa tunggu lama depan pintu pejabat sebab lewat dibuka, dia menunggu lama depan pintu, tanpa sedikitpun dengar dia mengeluh.

Sejurus masuk ke pejabat kerjanya tangkas, tanpa henti. Pernah pulang lewat selepas maghrib, nampak dia sedang bersihkan kawasan parking, menghabiskan syif 8 pagi – 8 malam.

Yang paling membekas dalam memori ialah pernah lihat dia guna berus gigi untuk hilangkan kesan kotor degil di karpet pejabat, lap bahagian belakang langsir. Vakum surau dan lap bawah meja!

Seakan semua tempat di pejabat, telah ada cap jari Phatta.

Saya rasa malu setiap kali lihat Phatta bekerja, rasa seolah dia kerja lebih kuat, lebih banyak. Saya selalu ambil peluang berbual dengan Phatta di pantry, nak kenal beliau lebih lanjut.

Selepas setahun tinggalkan pejabat. Sedikit terputus hubungan. Saya pernah banyak kali ajak beliau makan tengah hari bersama, tetapi dia menolak, bawa bekal masak dari rumah katanya. Hari terakhir di pejabat saya kata nanti kita perlu keluar makan sama ya.

Hari ini dapat mesej (yang dipanjangkan kepada saya oleh sahabat di pejabat lama), sangat mengejutkan dan menyedihkan.

“𝘋𝘦𝘢𝘳 𝘢𝘭𝘭, 𝘢𝘴 𝘺𝘰𝘶 𝘮𝘢𝘺 𝘬𝘯𝘰𝘸, 𝘗𝘩𝘢𝘵𝘵𝘢 – 𝘰𝘶𝘳 𝘰𝘧𝘧𝘪𝘤𝘦 𝘤𝘭𝘦𝘢𝘯𝘦𝘳, 𝘧𝘦𝘭𝘭 𝘪𝘭𝘭 𝘦𝘢𝘳𝘭𝘪𝘦𝘳 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘸𝘦𝘦𝘬. 𝘏𝘦 𝘸𝘢𝘴 𝘣𝘳𝘰𝘶𝘨𝘩𝘵 𝘵𝘰 𝘵𝘩𝘦 𝘤𝘭𝘪𝘯𝘪𝘤 𝘰𝘯 𝘛𝘶𝘦𝘴𝘥𝘢𝘺 𝘢𝘯𝘥 𝘸𝘢𝘴 𝘳𝘦𝘤𝘶𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘢𝘵 𝘩𝘰𝘮𝘦.

𝘜𝘯𝘧𝘰𝘳𝘵𝘶𝘯𝘢𝘵𝘦𝘭𝘺, 𝘺𝘦𝘴𝘵𝘦𝘳𝘥𝘢𝘺 𝘩𝘪𝘴 𝘤𝘰𝘯𝘥𝘪𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘸𝘰𝘳𝘴𝘦𝘯𝘦𝘥, 𝘩𝘦 𝘴𝘵𝘢𝘳𝘵𝘦𝘥 𝘤𝘰𝘯𝘷𝘶𝘭𝘴𝘪𝘯𝘨 𝘢𝘯𝘥 𝘧𝘦𝘭𝘭 𝘪𝘯𝘵𝘰 𝘤𝘰𝘮𝘢 𝘪𝘯  𝘵𝘩𝘦 𝘢𝘧𝘵𝘦𝘳𝘯𝘰𝘰𝘯. 𝘚𝘢𝘥𝘭𝘺, 𝘐 𝘸𝘢𝘴 𝘫𝘶𝘴𝘵 𝘪𝘯𝘧𝘰𝘳𝘮𝘦𝘥 𝘣𝘺 𝘩𝘪𝘴 𝘴𝘶𝘱𝘦𝘳𝘪𝘰𝘳 𝘵𝘩𝘢𝘵 𝘩𝘦 𝘱𝘢𝘴𝘴𝘦𝘥 𝘢𝘸𝘢𝘺 𝘦𝘢𝘳𝘭𝘪𝘦𝘳 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘦𝘷𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨.  

𝘔𝘢𝘺 𝘩𝘪𝘴 𝘴𝘰𝘶𝘭 𝘣𝘦 𝘨𝘳𝘢𝘯𝘵𝘦𝘥 𝘦𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘭 𝘳𝘦𝘴𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘱𝘦𝘢𝘤𝘦.”

Phatta bukanlah Muslim, tetapi berkenalan dengannya mengajar diri saya tentang maksud amanah dalam kerjaya.”

Sumber : Ezry Fahmy