MALAYSIA sentiasa terhutang budi dengan pelbagai inisiatif yang membuktikan kesungguhan Arab Saudi untuk memperkukuh hubungan diplomatik antara dua negara.
Ahli Dewan Negara, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, komitmen penuh kerajaan Arab Saudi dalam menambah baik dan meningkatkan kualiti infrastruktur, fasiliti serta perkhidmatan bagi kemudahan jemaah haji dan umrah seluruh dunia amatlah dihargai.
Hakikatnya, Zulkifli berkata, negara Dua Tanah Suci itu adalah negara yang diberkati Allah SWT.
Jelas beliau, antara inisiatif yang membuktikan kesungguhan Arab Saudi itu adalah Makkah Route iaitu sistem prapelepasan haji kelolaan kerajaan Arab Saudi yang telah memudahkan perjalanan Malaysia ke Makkah.
“Selain itu, peningkatan pertukaran perdagangan antara kedua-dua negara pada separuh pertama 2022, keuntungan jumlah dagangan, pelaburan dan kerjasama pelancongan juga memperlihatkan betapa Malaysia dan Arab Saudi serius membawa hubungan diplomatik ke tahap tertinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Budi bahasa, disiplin dan pengurusan jadikan Malaysia pilihan Arab Saudi`
Bersempena Hari Kebangsaan Arab Saudi ke-92, Jumaat lalu, Zulkifli yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman.
Beliau turut meluahkan rasa gembira apabila Arab Saudi menawarkan biasiswa kepada 300 pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke universiti di negara berkenaan.
“Ia merangkumi tiket perjalanan, insurans perubatan, perumahan dan elaun.
“Ini juga selari dengan persetujuan yang telah dicapai dalam pertemuan saya bersama Rektor Universiti Islam Madinah, Putera Dr. Mamdouh bin Saud bin Thunayan pada April 2021.
“Semoga hubungan Arab Saudi dan Malaysia terus cemerlang bagi manfaat rakyat kedua-dua buah negara.
“Selamat Hari Kebangsaan diucapkan kepada seluruh rakyat dan kerajaan Arab Saudi,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram