PENGARAH filem tersohor Dain Said, kini kembali dengan sebuah karya baru yang amat di nantikan-nantikan iaitu Harum Malam yang bergenre seram dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 9 Febuari 2023.

Harum Malam berkisarkan pergelutan hidup Iqbal, seorang remaja dan pelatih perubatan
tradisional yang mampu melihat makhluk yang ghaib pada mata kasar manusia.

Keupayan luar biasa ini mengakibatkan Iqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk Iqbal membezakan antara realiti dan ghaib.

Harum Malam dibintangi oleh Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud and Faizal Hussein.

Filem ini juga memperkenalkan bakat-bakat muda yang menyinar seperti Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra.

Diterbitkan oleh Apparat dan buat pertama kali bekerjasama dengan D’Ayu Pictures dan Skop Productions.

Skop, penerbit filem seram Munafik 2 yang masih memegang rekod kutipan pawagam filem seram yang paling tinggi akan mengendalikan pengedaran di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Edaran Skop terkini, filem Mat Kilau telah berjaya menjadi filem box office terbesar di dalam sejarah filem Malaysia.

Manakala D’Ayu Pictures pula akan menayangkan filem sulung mereka, Daddyku Gangster pada bulan Disember.

Harum Malam juga diterbitkan dengan sumbangan dana daripada Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Malah, filem berkenaan juga bakal mendapat tayangan perdana antarabangsa (Festival World Premiere) di Fantastic Fest, sebuah festival filem bercorak “genre” (horror, fantasi) yang terbesar di Amerika Utara.

Filem-filem lain yang pernah ditayangkan pada festival filem ini adalah seperti filem Spilt (2016), arahan M. Night Shyamalan dan There Will Be Blood (2007), arahan Paul Thomas Anderson. Festival filem Fantastic Fest ini akan berlangsung di Austin, Texas pada 22 hingga 29 September ini.

Pada bulan Oktober pula, Harum Malam akan mendapat tayangan perdana Eropah (European premiere) di Sitges Film Festival, Sepanyol, sebuah festival filem yang mengketengahkan filem-filem seram dan fantasi dari seluruh dunia.

Filem-filem mashyur yang pernah ditayangkan di sana termasuklah filem Pulp Fiction (1994), arahan Quentin Tarantino, dan Arrival (2016), arahan Denis Villenueve.

Di pasaran antarabangsa, Harum Malam diwakili oleh Reel Suspects, manakala XYZ
Films pula mewakili filem ini di pasaran Amerika Utara. Judul antarabangsa untuk filem
Harum Malam adalah Blood Flower.

“Kali terakhir saya mengarahkan film seram adalah Dukun pada tahun 2006. Saya tak sabar untuk filem Harum Malam bertemu dengan penonton filem tempatan, terutamanya peminat filem seram, pada bulan Februari tahun depan,” kata Dain.

Dukun, yang ditayangkan pada 2018, adalah di antara lima filem paling pecah panggung
bergenre seram di Malaysia. Dain telah menerima gelaran Pengarah Terbaik pada
Anugerah Skrin 2019 untuk filem Dukun.