Lelaki jual telefon bimbit dibayar wang palsu RM1,700

Dari Penulis

SEORANG lelaki menjadi mangsa penipuan jual beli menggunakan wang palsu selepas menjual telefon bimbitnya kepada seorang wanita, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata lelaki itu menyedari ditipu selepas dia gagal mendepositkan 17 keping wang kertas RM100 yang diterimanya di sebuah bank.

Beliau berkata dalam kejadian 20 Sept lepas, lelaki itu bertemu dengan wanita berkenaan yang tiba di Pasaraya Bilion Bandar Teknologi Kajang dengan menaiki kereta jenis Kia Cerato berwarna coklat dipandu seorang lelaki, selepas wanita itu bersetuju untuk membeli telefon bimbitnya dengan harga RM1,950.

“Suspek menyerahkan 17 keping wang kertas RM100 dan lima keping wang kertas RM50. Setelah selesai berurusan, lelaki itu ingin mendepositkan wang berkenaan ke dalam akaunnya sebelum menyedari kesemua wang kertas RM100 itu tidak diterima mesin deposit tunai (CDM),” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Zaid menasihatkan orang ramai berwaspada dengan modus operandi penipuan menggunakan wang palsu dan tidak berurusan secara terburu-buru semasa membuat urusan pembelian secara tunai atau Cash On Delivery (COD).- BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This